15 Ogos 2010

BAHAGIAN KEDUA
Melalui perbincangan yang telah dilakukan, kami memerlukan 28 batang buluh untuk membuat rakit dan kubah. Oleh yang demikian kerja-kerja memotong buluh telah dilakukan oleh kami bertiga. Alatan yang digunakan adalah seperti gergaji dan pita ukur.
Saiz setiap batang buluh adalah sepanjang 3.6m. Untuk membuat rakit kami akan menggunakan sebanyak 12 batang bagi memuatkan kami bertiga, manakala untuk kubah pula kami memerlukan 16 batang.


09 Ogos 2010

TUGASAN 2B = BAMBOO DISASTER

BAHAGIAN PERTAMA
Bagi tugasan 2B: 'Bamboo Dome" kami diarahkan melaksanakannya secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. Nama kumpulan kami ialah FAM Group. Ahli kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri, Farah Madihah dan Fazlina Nasib. Untuk langkah pertama, kami telah membuat jadual pelaksanaan bagi aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan iaitu selama 8 minggu bermula pada 4 Ogos 2010 sehingga 22 September 2010.


Jadual Pelaksanaan


Bagi langkah seterusnya, kami akan membuat lakaran bentuk kubah mengikut idea yang telah dibincangkan. Melalui lakaran tersebut, kami perlu membuat tapak untuk menangung beban ahli-ahli kumpulan. Bentuk kubah yang akan buat akan perlu mengambilkira saiz kami bertiga kerana kami perlu berada didalam kubah tersebut sepanjang tempoh ujian yang akan dijalankan.



Perbincangan ahli-ahli kumpulan


Lakaran Bamboo Disaster















31 Julai 2010

TUGASAN 2 - GEODESIC DOME

1. Bagi tugasan yang ke 2, kami telah diarahkan untuk membina sebuah Geodesic Dome (kubah) dengan menggunakan lidi. 6 elemen yang diterapkan di dalam ini adalah :
a) Niat = niat untuk melaksanakan kerja
b) Pelaku = saya yang melakukan kerja tersebut.
c) Laku = membuat model kubah
e) Tempat = bilik
f) = sebuah kubah yang telah siap dibina

2. Radius model kubah tersebut, saya menggunakan 250 mm untuk 2V. Untuk membuat kubah 2V dengan menggunakan radius 250 mm, ianya memerlukan 35 batang lidi buluh yang bersaiz 154.52 mm (A) dan 30 batang lidi buluh bersaiz 136.63 mm (B).
3. Bahan- bahan yang digunakan adalah seperti berikut :


a) lidi buluh

b) gam tembak

c) pisau

d) pensil

e) pembaris

f) berus

g) pewarna oren


4. Cara-cara untuk membuat model kubah adalah seperti berikut :




a) Mula-mula ukur kepanjangan lidi buluh mengikut saiz yang dikehendaki



b) Setelah itu, lidi buluh tersebut dipotong



c) Lidi buluh yang telah dipotong mengikut saiz, diwarnakan.




d) Susun lidi yang bersaiz A sebanyak 10 batang dalam bentuk seperti di atas.



e) Gunakan gam tembak untuk membuat penyambuangan di antara satu sama lain.



f) Kemudian di setiap penjuru diletakkan lidi A dan B



g) Gamkan lidi buluh A dan B seperti di gambarajah (h)



h) Setelah kesemua penjuru disambunagkan lidi buluh A dan B, camtumkannya supaya menjadi bentuk segitiga.



i) Gambar diatas menunjukkan kesemua penjuru telah bercamtum menjadi segitiga.


j) Susunkan 9 batang lidi buluh B untuk membuat cantuman seterusnya. Cantumkannya di atas penjuru segitiga dengan segitiga yang lain.



k) Susunkan 5 batang lidi buluh A.


l) Gamkan lidi buluh B di tengah-tengah.



m) Seperti di gambarajah (m), cantumkan lidi buluh A berselang di antara lidi B. Kemudian cantumkan menjadi segitigia.



n) Untuk kerja-kerja terakhir, susunkan 5 batang lidi buluh saiz B dan siap sedia untuk dicantum.



o) Bentuk model kubah yang telah siap dicantum























































































16 Julai 2010

TUGASAN 1 = VIRTUAL CONSTRUCTION

1 .Sebelum saya menyambung pelajaran di USM, saya merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmat di JKR Negeri Sembilan sebagai Juruteknik Awam. Saya telah berkhidmat selama 5 tahun di bahagian Bangunan. Tugas saya adalah membantu Jurutera / Penolong Jurutera di dalam memantau perjalanan projek-projek Persekutuan. Bagi projek-projek Persekutuan, pihak Pelanggan akan mengemukakan brif projek ( niat ) kepada JKR Negeri Sembilan iaitu pelaku untuk melaksanakan sesuatu projek di Negeri Sembilan. Untuk membina sesuatu bangunan, pihak Pelanggan perlu menyatakan tempat atau lokasi tapak. Beberapa langkah perlu di ambil bermula dari brif projek, iklan, penilaian tender sehinggalah perlantikan Kontraktor iaitu pelaku . Pihak Kontraktor yang dilantik perlu membina bangunan ( laku ) tersebut mengikut aturan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan kerja-kerja bermula dari peringkat perancangan, pembinaan, rekabentuk dan setelah siap, perlu diserahkan kepada pihak Pelanggan. Maka, terhasilah sebuah bangunan yang siap dibina pada tempat yang telah di tetapkan oleh pelanggan.
2. Saya telah memilih projek Membina dan Menyiapkan Pusat Kegiatan Saudara Baru, Seremban, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak RM 4.5 juta.
a) Niat = brif daripada Jabatan Wakaf, Zakat & Haji ( JAWHAR )
b) Pelaku = Jabatan Wakaf, Zakat & Haji ( JAWHAR ) sebagai pelanggan, JKR sebagai pemantau projek dan
Kontraktor sebagai pelaksana pembinaan.
c)Laku = kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh Kontraktor
d) Aturan = mengikut spesifikasi JKR.
c) Hasil = bangunan Pusat Kegiatan Saudara Baru
d) Tempat = Rahang Square di daerah Seremban.