31 Julai 2010

TUGASAN 2 - GEODESIC DOME

1. Bagi tugasan yang ke 2, kami telah diarahkan untuk membina sebuah Geodesic Dome (kubah) dengan menggunakan lidi. 6 elemen yang diterapkan di dalam ini adalah :
a) Niat = niat untuk melaksanakan kerja
b) Pelaku = saya yang melakukan kerja tersebut.
c) Laku = membuat model kubah
e) Tempat = bilik
f) = sebuah kubah yang telah siap dibina

2. Radius model kubah tersebut, saya menggunakan 250 mm untuk 2V. Untuk membuat kubah 2V dengan menggunakan radius 250 mm, ianya memerlukan 35 batang lidi buluh yang bersaiz 154.52 mm (A) dan 30 batang lidi buluh bersaiz 136.63 mm (B).
3. Bahan- bahan yang digunakan adalah seperti berikut :


a) lidi buluh

b) gam tembak

c) pisau

d) pensil

e) pembaris

f) berus

g) pewarna oren


4. Cara-cara untuk membuat model kubah adalah seperti berikut :




a) Mula-mula ukur kepanjangan lidi buluh mengikut saiz yang dikehendaki



b) Setelah itu, lidi buluh tersebut dipotong



c) Lidi buluh yang telah dipotong mengikut saiz, diwarnakan.




d) Susun lidi yang bersaiz A sebanyak 10 batang dalam bentuk seperti di atas.



e) Gunakan gam tembak untuk membuat penyambuangan di antara satu sama lain.



f) Kemudian di setiap penjuru diletakkan lidi A dan B



g) Gamkan lidi buluh A dan B seperti di gambarajah (h)



h) Setelah kesemua penjuru disambunagkan lidi buluh A dan B, camtumkannya supaya menjadi bentuk segitiga.



i) Gambar diatas menunjukkan kesemua penjuru telah bercamtum menjadi segitiga.


j) Susunkan 9 batang lidi buluh B untuk membuat cantuman seterusnya. Cantumkannya di atas penjuru segitiga dengan segitiga yang lain.



k) Susunkan 5 batang lidi buluh A.


l) Gamkan lidi buluh B di tengah-tengah.



m) Seperti di gambarajah (m), cantumkan lidi buluh A berselang di antara lidi B. Kemudian cantumkan menjadi segitigia.



n) Untuk kerja-kerja terakhir, susunkan 5 batang lidi buluh saiz B dan siap sedia untuk dicantum.



o) Bentuk model kubah yang telah siap dicantum























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan