16 Julai 2010

TUGASAN 1 = VIRTUAL CONSTRUCTION

1 .Sebelum saya menyambung pelajaran di USM, saya merupakan seorang kakitangan awam yang berkhidmat di JKR Negeri Sembilan sebagai Juruteknik Awam. Saya telah berkhidmat selama 5 tahun di bahagian Bangunan. Tugas saya adalah membantu Jurutera / Penolong Jurutera di dalam memantau perjalanan projek-projek Persekutuan. Bagi projek-projek Persekutuan, pihak Pelanggan akan mengemukakan brif projek ( niat ) kepada JKR Negeri Sembilan iaitu pelaku untuk melaksanakan sesuatu projek di Negeri Sembilan. Untuk membina sesuatu bangunan, pihak Pelanggan perlu menyatakan tempat atau lokasi tapak. Beberapa langkah perlu di ambil bermula dari brif projek, iklan, penilaian tender sehinggalah perlantikan Kontraktor iaitu pelaku . Pihak Kontraktor yang dilantik perlu membina bangunan ( laku ) tersebut mengikut aturan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan kerja-kerja bermula dari peringkat perancangan, pembinaan, rekabentuk dan setelah siap, perlu diserahkan kepada pihak Pelanggan. Maka, terhasilah sebuah bangunan yang siap dibina pada tempat yang telah di tetapkan oleh pelanggan.
2. Saya telah memilih projek Membina dan Menyiapkan Pusat Kegiatan Saudara Baru, Seremban, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak RM 4.5 juta.
a) Niat = brif daripada Jabatan Wakaf, Zakat & Haji ( JAWHAR )
b) Pelaku = Jabatan Wakaf, Zakat & Haji ( JAWHAR ) sebagai pelanggan, JKR sebagai pemantau projek dan
Kontraktor sebagai pelaksana pembinaan.
c)Laku = kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh Kontraktor
d) Aturan = mengikut spesifikasi JKR.
c) Hasil = bangunan Pusat Kegiatan Saudara Baru
d) Tempat = Rahang Square di daerah Seremban.